double-cleansing double-cleansing

Pembersihan Dua Kali: Bilakah Anda Patut Melakukannya?

Adakah anda pernah mendengar tentang pembersihan dua kali? Ia mungkin kedengaran seperti sesuatu yang akan menjadikan rutin penjagaan kulit anda lebih membosankan, tetapi ia sebenarnya cukup mudah dan sangat berkesan. Cara intensif untuk membersihkan bagi memastikan kulit anda benar-benar bersih sebelum anda tidur. Kami memberikan anda skup berkaitan teknik kecantikan ini; berkongsi dengan anda bila anda patut menggunakannya dan menjelaskan kehebatan hasilnya. Percayalah, anda mahukannya dalam hidup anda.

Apakah Pembersihan Dua Kali?

Namanya sudah cukup menjelaskan segalanya; pertama anda membersihkan kulit anda sekali, kemudian bersihkan sedikit lagi. Proses ini bermula sejak abad ke-14 dan berasal dari Asia (teks-teks sejarah di China, Korea dan Jepun menunjukkan amalan ini dilakukan oleh wanita). Berabad-abad yang lalu kaum wanita menghilangkan lapisan tebal bedak muka dan cat muka dengan menggunakan minyak pembersih. Ini tidak akan menghilangkan segalanya, jadi proses pembersihan ini diikuti dengan membasuh menggunakan pembersih berbuih.

Hari ini prosesnya kekal hampir sama. Biasanya minyak pembersih muka disapukan terlebih dahulu untuk menghilangkan sebarang solekan atau sisa. Kemudian pembersih berbuih lembut digunakan pada kulit dan diurut ke dalamnya untuk menghilangkan baki kekotoran yang tinggal. Pembersihan dua kali memberikan pengalaman pembersihan yang lebih mendalam. Membasuh muka anda sekali sahaja mungkin meninggalkan kesan kotoran dan solekan pada kulit anda tetapi membasuhnya dua kali memastikan segala-galanya telah dihilangkan.


Mengapa Pembersihan Dua Kali Lebih Baik Daripada Pembersihan Sekali?

Pembersihan dua kali menjadikan kulit anda benar-benar bersih dan bukan hanya bebas solekan. Apa sahaja produk yang anda gunakan selepas pembersihan akan diserap dengan lebih baik oleh kulit anda. (Dapatkan pembersih terbaik untuk anda di sini.) Ini bermakna sari, serum, pembetul bintik gelap atau pelembap dapat melakukan keajaibannya pada kulit yang baru dibersihkan.


Bilakah Anda Patut Melakukan Pembersihan Dua Kali?

Pembersihan dua kali adalah ideal untuk masa-masa apabila anda memakai banyak solekan atau mempunyai peluh dan kekotoran pada wajah anda. Ia adalah amalan waktu malam yang sempurna sebelum anda tidur.

Untuk memulakan, anda boleh menggunakan pembersih minyak muka atau air misel (yang terdiri daripada molekul lipid larut air) untuk menghilangkan solekan anda. Garnier SkinActive's Micellar Cleansing Water All-in-One Makeup Remover & Cleanser menghilangkan solekan dan serasi dengan hampir semua jenis kulit. Seterusnya, gunakan pembersih terbaik untuk jenis kulit anda dan urutkannya pada kulit anda dengan gerakan menaik. Bilas semuanya dari wajah anda. Kulit anda sepatutnya bebas dari kosmetik, sebum, peluh dan kotoran, menjadikannya kanvas yang sempurna untuk produk anda yang seterusnya. Sapukan serum, kemudian pelembap pilihan anda.

Pembersihan dua kali adalah cara yang baik untuk memastikan kulit anda bersih sebelum tidur.