7 Petua Untuk Mengekalkan Rambut Merah Bersinar Cerah
Dilema kecantikan yang dihadapi oleh mereka yang berambut merah bukan semula jadi di seluruh dunia adalah bagaimana untuk mengekalkan rambut merah anda daripada pudar. Pigmen yang digunakan dalam pewarna rambut merah tidak menembusi rambut sedalam sebagaimana pelbagai warna lain, yang membawa maksud warna tersebut lebih mudah pudar berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, jangan berputus asa! Dengan sedikit penjagaan tambahan dan penjagaan lembut penuh kasih sayang, anda boleh memastikan rambut merah anda kekal berkilat dan terang bertenaga. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan rambut untuk mereka yang berambut merah.
- 1. Gunakan syampu dan perapi yang menambahkan pewarna - kekalkan warna rambut anda dengan mengurangkan kekerapan membasuhnya. Cuba guna sedikit semburan syampu kering antara basuhan untuk membuatkan kebersihan rambut anda bertahan lama. Apabila rambut anda perlu dibersihkan, pilih syampu dan perapi yang akan menambahkan pewarna apabila anda membasuh rambut merah anda, ini akan membantu untuk menambah semula warna yang hilang semasa membasuh - produk rambut merah direka untuk menjadikan penjagaan rambut merah lebih mudah.
- 2. Lindungi dari matahari - pigmen merah adalah sensitif terhadap cahaya dan boleh pudar dengan cepat akibat pendedahan berulang kepada sinar UV matahari, walaupun pada musim sejuk. Menggunakan semburan perlindungan matahari dan melindungi rambut anda dengan mengggunakan topi atau skarf akan membantu memanjangkan keterangan warna.
- 3. Menyegar semula - mereka yang berambut merah memerlukan rangsangan warna lebih kerap bagi mengekalkan kesuburan dari akar ke hujung. Apabila memilih warna yang terang, cari produk seperti Garnier Color Naturals dengan gradasi warna 6.64.
- 4. Kesihatan rambut - pastikan rambut anda sihat! Penggayaan rambut menyebabkan kerosakan yang akan mengurangkan kilauan dan keterangan rambut berwarna anda. Elakkan penggunaan alat penggayaan rambut yang dipanaskan seboleh mungkin atau cuba pengeritingan tanpa haba. Sekiranya anda perlu memanaskan alat pengeriting, pastikan anda menggunakan semburan pelindung sebelum menggunakannya pada rambut anda.
- 5. Merapi, merapi, merapi - adakah kami menyatakan bahawa rambut anda perlu berada dalam keadaan yang sangat bagus bagi mendapatkan yang terbaik daripada pewarna rambut merah anda? Gunakan perapi yang tidak perlu dibilas apabila anda keluar dan pilih masker rambut yang menghidratkan untuk melindungi rambut anda ketika bersantai di kolam renang. Menggunakan produk ini secara konsisten akan membantu menjadikan rambut merah anda kelihatan menawan lebih lama.
- 6. Berkilau - semakin berkilau rambut anda, semakin berpigmen ia akan kelihatan. Pengilau bersinar tinggi dan serum mempertingkatkan keterangan warna untuk penampilan rambut yang lebih tebal, berseri antara pewarnaan.
- 7. Elak syampu - selepas pewarnaan, tunggu sekurang-kurangnya 48 jam sebelum bersyampu, atau lebih lama jika boleh. Ini akan memberikan pewarna banyak masa untuk melaksanakan tugasnya. Apabila anda menggunakan syampu pada rambut anda, pastikan juga untuk merapikannya. Merapikan rambut anda akan membantu memastikan warna rambut merah anda kelihatan berkilau serta mengurangkan pudar. Gunakan air sejuk apabila anda membasuh rambut anda untuk membantu mengekalkan kilauan.
Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda akan dapat memastikan rambut merah anda bersinar terang.